Dasar privasi
Maklumat yang kami kumpul
Semasa mendaftar kami mengumpul maklumat anak (nama, No. MyKad/MyKid, sekolah, tahap, subjek, penyakit atau alahan), maklumat ibu bapa (nama, No. MyKad, telefon, e-mel, pekerjaan), alamat, waris kecemasan dan tandatangan anda pada buku panduan dan terma.
Tujuan
Maklumat ini digunakan untuk mendaftar dan mengurus pelajar, mengeluarkan invois dan resit, menghantar jadual, pautan kelas dan makluman berkaitan kelas, serta menghubungi anda atau waris kecemasan apabila perlu.
Bayaran
Bayaran dibuat melalui Bayarcash. Butiran akaun bank atau kad anda dimasukkan di laman Bayarcash dan tidak disimpan oleh Impach Academy.
Gambar dan video
Gambar, video dan testimoni pelajar hanya digunakan untuk tujuan pemasaran dengan kebenaran yang anda berikan semasa mendaftar (buku panduan, muka surat 15–16).
Perkongsian
Kami tidak menjual maklumat anda. Maklumat hanya dikongsi dengan pihak yang membantu kami menjalankan perkhidmatan, seperti penyedia bayaran dan e-mel.
Akses dan pembetulan
Anda boleh melihat maklumat anak anda di portal ibu bapa, dan meminta pembetulan dengan menghubungi kami.
Pertanyaan: WhatsApp Impach Academy.
